Sunday, November 27, 2011

6 ikan air tawar yang bapak giant besarnya!

assalamualaikum...:)
yaww bloggers!
inilah gua,bila dah start bercerita pasal mancing,pasal ikan...
gua akan terus terjelumus ke alam perikanan?
perikanan?umm macam pelik jek bunyinya...

ohkey, berbalik pada title entry gua..
lu orang layanlah gambar-gambar nie..


1. Arapaima
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiV9MzCk8rB7iillZO6m91ZyV0nmgOX8K19GA6f3lOrvLmu5znWx2lIqi7jUoH6lgQf8JoI4OiOUmYzfFOcjL26OgNf7Th4yUPfZEXEEpTLIvbL1mQ1VsOQDt6avNc7W0N4fvXI6UU-Y2c/s1600/arapaima+fish-saidaonline.jpeg
alololo sukenye korang,nanti kena ngap baru padan muka

Arapaimapirarucu, atau paiche (Arapaima gigas) adalah jenis ikan air tawar terbesar di dunia yang berasal dari perairan daerah tropisa Amerika Selatan. Ikan Arapaima dapat membesar sehingga 3 meter dan berat 200 kilogram. Tapi sekarang ini susah nak jumpa arapaima yang berukuran lebih dari 2 meter kerana ikan ini sering ditangkap untuk dieksport ke negara lain. Owh! dizziz shit!

2. Giant Carp
aku tak takut tengok ikan tu.tapi aku takut muke abg tu,
dah macam perogol bersiri yang tak dapat tahan nafsu
Dulu atuk aku cerita ikan ini banyak kat Sungai Mae Klong, Thailand (Sungai Mekong) tapi ikan yang mampu mencecah 600 pound atau bersamaan 272.16 kg ini adalah salah satu ikan yang hilang begitu cepat di Asia Tenggara.

3. Goliat Tigerfish
http://media.vivanews.com/thumbs2/2011/05/05/110407_goliath-tigerfish_300_225.jpg
berapa tahun tak gosok gigi daa! abih kuning penuh kaviti
Goliat Tigerfish- adalah sejenis spesies ikan karnivor yang beratnya mencapai 154 pound (77 kg) dan panjangnya mencapai 5 meter. Ikan ini lebih dikenali sebagai makhluk ganas dengan gigi tajamnya.
Goliath Tigerfish adalah salah satu dari berbagai jenis ikan besar asli Sungai Kongo, sebanyak 80 peratus dari populasi ikan di sana tidak ditemukan di tempat lain di dunia.  *agak-agak kalau gigit kepala lu orang,lu orang mampu bernyawa lagi tak?

4. African Lungfish
tiga-tiga muka xensem!
African Lungfish- Ikan ini tidak berbahaya buat manusia, tapi lihat bentuknya, panjangnya bpleh mencapai 6.6 kaki atau 2 meter. Anehnya ikan ini menyukai perairan yang kadar oksigennya sedikit, kenapa? kerana perut mereka juga boleh berfungsi sebagai paru-paru. Ohsemm!!

5. Alligator Gar
seorang lagi pemancing berwajah perogol bersiri,,
ee menyeramkan! tapi sekali padang,mcm rosyam nor
Alligator gar atau bahasa latinnya Atractosteus Spatula adalah ikan pari bersirip primitif, ikan ini disebut Alligator Gar kerana bentuk fizikalnya terutama kepala yang mirip aligator. Ikan ini sering ditemukan di Amerika Utara, berat minimun Alligator biasanya mencapai 91 kg. Untuk ikan Alligator Gar terbesar yang pernah di tangkap mencapai berat 127 kg, ikan ini di tangkap oleh seorang wanita bernama Kenny Williams pada tanggal 14 Februari 2011, tetapi kemudian rekod tersebut dipecahkan oleh Bowfishing yang berhasil menangkap Alligator Gar seberat 166 Kg. Ayahanda berat!!!
Alligator Rar banyak di temui di wilayah Amerika,iaitu di Sungai Mississipi, Texas, Oklahoma, South Carolina, Louisiana, Alabama, Tennessee, Florida, dan Georgia. akan tetapi ikan ini juga pernah di temui jauh dari wilayah Amerika. 

6. Piraiba Catfish
Ikan yang panjangnya boleh mencapai 3 meter dengan berat 272 kg ini membuatkan sebahagian besar kaki mancing berasa geger lutut. Ikan ini terkenal akan kekuatannya, bahkan ikan ini dikatakan mampu membuat seorang manusia tenggelam kerana kekuatannya. Seram meh!
Banyak cerita yang mengatakan ikan inilah penyebab pemancing – pemancing hilang ketika memancing di sungai disebabkan diseret oleh ikan ini kedalam sungai hingga tenggelam. Betoi ka??
Namun, ternyata sungai pun tidak kalah dengan lautan, banyak makhluk – makhluk unik yang hidup di sini. Walaupun bentuk fizikalnya pelbagai, unik, dan aneh, namun banyak lagi yang masih belum ditemukan di perut bumi...

p/s : gua kalau jumpa salah sekor ikan kat atas,kompom gua cabut...

1 comment:

  1. tak sempat ko cabot, ikan2 tu dulu yg cabot ki tgk mke ko...hahahahah

    ReplyDelete